MENAMBAH

ABSTRAK

Dalam kajian ini, saya telah mengenengahkan masalah yang
dihadapi oleh Patrick, seorang murid berkeperluan khas (slow
learner) di sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.
Masalah yang dihadapi Patrick adalah kesukaran membuat operasi
tambah. Pada sub topik penambahan dalam lingkungan 10, Patrick
tiada masalah dihadapinya lebih-lebih lagi jika melibatkan objek.
Akan tetapi, masalah bermula apabila penambahan melibatkan
pengiraan melebihi 10 dan pengumpulan semula disebabkan
kekeliruan Patrick menggunakan jari untuk menjawab soalan pada
lembaran kerja yang diberikan. Saya telah merancang pendekatan
yang sesuai menggunakan objek seperti kayu ais krim dan blok
mainan untuk membantu Patrick. Seterusnya, kaedah ‘melukis lidi’
saya perkenalkan kepada beliau untuk mengelakkan Patrick
daripada terus bergantung kepada objek lalu melambatkannya
menyiapkan lembaran kerja. Ternyata selepas enam minggu
menggunakan teknik-teknik tersebut, Patrick dapat memahami
konsep penambahan dan menambah dengan betul dalam jangka
masa yang lebih pendek.

1.0 Siapa Saya?
Saya merupakan seorang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di
kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah
sekolah di Kuching, Sarawak. Di kelas PKBP tersebut, terdapat hanya enam
orang guru dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk 33
orang murid-murid berkeperluan khas. Ini merupakan pengalaman pertama
saya mengajar dan peluang untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai bagi diri saya. Saya
masih mencari pengalaman dan sedikit sebanyak cuba mempraktikkan
seberapa banyak pengetahuan yang telah diperoleh secara teori semasa di
institut pendidikan guru. Ternyata pengetahuan dari segi teori sahaja masih
tidak mencukupi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
(p&p) yang berkesan. Oleh sebab saya masih baru dalam bidang ini, saya
berasa adalah penting untuk saya membantu Patrick, seorang murid
berkeperluan khas (slow learner), mengatasi kesukarannya. Malahan, ini
merupakan satu cara saya untuk saya mempelajari pelbagai kaedah
pengajaran ke arah mewujudkan p&p lebih berkesan. Usaha ini juga
merupakan satu cubaan pertama saya menghasilkan satu artikel untuk Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
173
dikongsi bersama dengan warga pendidik yang lain berkaitan dengan isu
p&p dalam kalangan murid berkeperluan khas.
1.2 Keprihatinan Saya
Saya berasa adalah penting untuk saya membantu Patrick mengatasi
masalahnya kerana beliau merupakan satu-satunya murid yang ketinggalan
dan sukar untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Tambahan
pula, beliau agak terpinggir disebabkan kesukarannya menyiapkan
lembaran kerja penambahan. Patrick sering diejek sebagai ‘bodoh’ oleh
rakan-rakan sekelas kerana memberikan jawapan yang salah. Hal ini juga
menyebabkan Patrick menjadi agak pendiam dan takut menjawab soalan
apabila diminta oleh guru. Patrick juga didapati sering menutup jawapan
pada lembaran kerja daripada dilihat oleh rakan lain. Mungkin Patrick
berasa takut diketawakan sekiranya memberikan jawapan yang salah. Hal
ini menunjukkan keyakinan diri Patrick mulai menurun dan ini adalah tidak
baik untuk perkembangannya kerana dikhuatiri minatnya terhadap pelajaran
akan hilang. Oleh itu saya membuat keputusan untuk membantu Patrick
sedaya yang mungkin agar minatnya untuk belajar tidak menurun.
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
 membantu Patrick, seorang murid bermasalah pembelajaran slow
learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan
kaedah ‘melukis lidi’; dan
 menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam saya menjalankan kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin
dijawab. Antaranya ialah:
 bagaimanakah teknik melukis lidi dapat membantu Patrick membuat
operasi penambahan dengan betul?
 bagaimanakah saya menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah
melalui teknik melukis lidi?
2.0 Tindakan Saya
Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan
sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan
pada masa kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh
itu, semua murid perlu menguasai bidang ini untuk memastikan peluang
yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak
hanya tertumpu pada murid normal sahaja tetapi juga bagi murid
bermasalah pembelajaran. Oleh itu, p&p Matematik di kelas PKBP diberikan
penekanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan untuk Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
174
melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat
hidup seiring dengan masyarakat sekelilingnya.
Walau bagaimanapun, penguasaan Matematik murid-murid terutamanya
murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang kebanyakannya
disebabkan oleh asas Matematik yang lemah. Kemahiran asas Matematik
merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor; operasi
tambah, tolak, darab, dan bahagi.
Semasa mula-mula memasuki kelas PKBP di sekolah tersebut, saya
mendapati semua murid dalam kelas tersebut telah menguasai kemahiran
pranombor dan nombor bulat hasil usaha guru yang mengajar mereka
sebelum ini. Saya juga membuat satu ujian ringkas merangkumi subtopiksubtopik dalam kemahiran pranombor dan nombor bulat. Berdasarkan ujian
tersebut, didapati semua murid sudah dapat menguasai kedua-dua topik
tersebut dan sudah bersedia menerima pengetahuan baru. Oleh itu, saya
meneruskan pengajaran kepada topik seterusnya iaitu Operasi
Penambahan dalam lingkungan 5.
Sebagai permulaan, saya menggunakan objek untuk memudahkan mereka
memahami konsep penambahan. Pendekatan yang saya gunakan untuk
mereka mengira adalah dengan teknik counting on. Antara objek yang telah
saya gunakan untuk mengira adalah jari murid, kayu aiskrim, penyedut
minuman, dan bongkah mainan. Semua murid dapat memahami konsep
penambahan serta menyelesaikan lembaran kerja soalan penambahan
dengan betul. Pada permulaannya, lembaran kerja yang diberikan
mengandungi gambarajah objek sebagai garis panduan untuk memudahkan
mereka menyiapkan soalan tersebut. Gambar 1 merupakan satu contoh
lembaran kerja tesebut.
Gambar 1: Lembaran Kerja dengan
Gambarajah Objek
Setelah semua murid dapat menguasai penambahan dalam lingkungan 5,
kemahiran seterusnya diajar iaitu penambahan dalam lingkungan 10 dan
20. Soalan pada lembaran kerja pula telah saya ubah iaitu dengan tidak
melibatkan gambarajah objek. Ketika inilah kelemahan Patrick mula
dikenalpasti. Gambar 2 menunjukkan jawapan Patrick.Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
175
Gambar 2: Hasil Kerja Patrick
Tanpa Gambarajah Objek
Saya dapati Patrick telah memberikan jawapan yang agak pelik semasa
saya memeriksa lembaran kerjanya. Bermula dari situ, saya mula mencari
punca bagaimana Patrick boleh memberikan jawapan tersebut. Saya
bertanya kepada Patrick tentang bagaimana beliau mendapat jawapan
tersebut. Saya juga meminta Patrick menunjukkan kepada saya cara beliau
membuat pengiraan untuk menyelesaikan soalan-soalan pada lembaran
kerja tersebut.
Patrick telah menunjukkan cara beliau menggunakan jarinya untuk mengira
jumlah pada soalan penambahan yang diberikan. Masalah timbul apabila
penambahan melibatkan jumlah yang melebihi 10. Contohnya apabila ‘5 +
6’, sebelah tangan menunjukkan 5 dan apabila beliau ingin menambah 6,
beliau berasa keliru tentang bagaimana untuk menambah 6 sedangkan
sebelah tangannya hanya mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan yang
diberikan oleh Patrick kepada soalan tersebut adalah 6, berbeza sekali
dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11.
Disebabkan terlalu banyak jawapan salah diberikan oleh Patrick, rakanrakan sekelas yang lain telah meminggir dan mengejeknya. Melihatkan
keadaan ini, saya sering memberikan lembaran kerja yang lebih kepada
murid-murid lain agar mereka leka membuat lembaran kerja tersebut dan
dalam pada masa yang sama, saya dapat membimbing Patrick membuat
pengiraan dengan betul. Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari
kaedah alternatif untuk memudahkan Patrick mengira.
Pada peringkat awal, saya menggunakan objek iaitu kayu aiskrim untuk
memudahkannya mengira. Setelah Patrick dapat menguasai cara ini, saya
mengajarnya kaedah melukis lidi dan saya memintanya membuat perkaitan
antara kayu aiskrim dengan kaedah melukis lidi yang telah saya ajarkan
selepas itu. Ini kerana walaupun pengiraan menggunakan kayu aiskrim
dapat membantu Patrick menjawab soalan dengan betul, tetapi banyak
masa yang diambil beliau untuk berbuat demikian. Oleh itu kaedah melukis
lidi telah saya perkenalkan pada Patrick agar Patrick lebih faham dan
menjawab soalan dengan betul dalam masa yang lebih pendek.Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
176
Di samping mengajar teknik melukis lidi untuk membantu Patrick
menyelesaikan soalan penambahan, saya juga berusaha meningkatkan
keyakinan diri Patrick untuk belajar. Ini sering saya lakukan dengan
memberikan kata-kata pujian kepada Patrick apabila beliau berjaya
membuat pengiraan dengan betul. Apabila beliau membuat kesilapan, saya
akan menunjukkan cara yang betul dan menggalakkannya mencuba sendiri.
Saya juga kadangkala mengarahkan rakan-rakan lain membantu Patrick
mengira dengan betul. Hal ini sedikit sebanyak memupuk sifat kerjasama
dan sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya, malah
membantu Patrick menunjukkan cara yang betul untuk membuat pengiraan.
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Reka Bentuk Kajian
Dalam bahagian ini, saya akan menceritakan tentang metodologi kajian
yang digunakan dalam kajian ini. Secara umumnya, kajian kes ini
menggunakan pendekatan kualitatif untuk melihat kesan kaedah melukis lidi
yang saya gunakan untuk membantu Patrick dalam pengiraan melibatkan
operasi penambahan. Saya percaya pendekatan kualitatif dalam kajian kes
ini akan membolehkan saya memperolehi maklum balas dan maklumat
tentang kesan teknik melukis lidi yang saya gunakan ini.
3.2 Peserta Kajian
Dalam kajian ini, peserta telah dipilih berdasarkan ujian rintis (pengesanan)
yang telah dijalankan sebelum kajian ini bermula. Berdasarkan ujian
pengesanan ini, Patrick telah dipilih sebagai peserta kajian.
3.3 Teknik Mengumpul Data
Data kajian ini telah dikumpul berasaskan sumber seperti hasil ujian
pengesanan dan lembaran kerja murid.
3.4 Teknik Menganalisis Data
Saya telah menganalisis data yang membabitkan hasil kerja dan ujian
pengesanan murid. Data yang telah dikumpul diteliti dan dianalisis
kandungan. Saya menganalisis data secara kendiri dan kemudian data
tersebut dikongsi bersama guru-guru di sekolah tersebut yang lebih
berpengalaman dalam bidang Pendidikan Khas.
4.0 Dapatan Kajian dan Refleksi
Masa yang saya peruntukan untuk mengajar Patrick kaedah ini adalah dua
kali seminggu iaitu pada waktu pembelajaran. Saya menyediakan beberapa
set lembaran kerja kepada murid-murid lain supaya saya dapat mengajar
Patrick kaedah ini di samping memantau murid-murid lain menyiapkan
lembaran kerja mereka. Saya tidak dapat meluangkan lebih banyak masa
untuk mengajar Patrick disebabkan jadual pembelajaran mereka yang
penuh. Selain itu, Patrick merupakan kanak-kanak berkeperluan khas dan
beliau biasanya tidak berada di sekolah selepas waktu persekolahan. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
177
Pada minggu yang pertama, saya cuba menerapkan konsep penambahan
supaya beliau benar-benar faham tentang konsep tersebut. Saya
memberikan lembaran kerja yang sama dengan murid-murid lain kepada
Patrick. Pada masa yang sama, saya juga memberikan beberapa batang
kayu ais krim untuk membantu Patrick membuat pengiraan dan
mengelakkannya daripada menggunakan jari untuk mengira. Daripada
pemerhatian dan lembaran kerja yang dibuat, saya mendapati Patrick dapat
menjawab dengan betul apabila beliau menggunakan kayu ais krim untuk
mengira. Cuma jangkamasa yang diambil beliau untuk menyelesaikan
lembaran kerja tersebut dalah agak panjang jika dibandingkan dengan
rakan-rakannya yang lain.
Oleh itu, pada minggu ketiga saya memperkenalkan kaedah melukis lidi
untuk membantu Patrick. Pada mulanya, adalah agak sukar untuk membuat
Patrick faham perkaitan antara kayu ais krim dengan kaedah melukis lidi.
Lembaran kerja yang saya berikan juga gagal disiapkan oleh Patrick seperti
yang ditunjukkan pada Gambar 3.
Gambar 3: Lembaran Kerja Patrick
Namun setelah saya membuat demonstrasi dan tunjuk cara, Patrick telah
dapat menerima kaedah baru ini walaupun pada mulanya masih terdapat
kesilapan semasa mengira. Saya juga telah beberapa kali menegur dan
mengingatkan Patrick agar lebih cermat mengira apabila terdapat kesilapan.
Gambar 4 dan 5 menunjukkan lembaran kerja Patrick dengan bantuan
kaedah melukis lidi.
Gambar 4 & 5: Lembaran Kerja Patrick
dengan Bantuan Kaedah Melukis LidiBuku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.172-
179.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov.2009/ IPGM KBL
178
Setelah beberapa kali melatih, Patrick akhirnya dapat menguasai kaedah
ini. Beliau juga sudah dapat mengaplikasikan kaedah ini apabila membuat
pengiraan dalam lingkungan 50; pengiraan melibatkan nombor yang lebih
besar serta pengumpulan semula seperti yang ditunjukkan pada Gambar 6
hingga 8.
Gambar 6-8: Lembaran Kerja Patrick dengan
Bantuan Kaedah Melukis Lidi selepas melatih
Saya berasa amat gembira kerana dapat membantu Patrick mengatasi
masalahnya. Saya juga mendapati keyakinan saya untuk mengajar semakin
meningkat dan saya sedar, terdapat beberapa aspek yang perlu saya
perbaiki untuk menjadi guru yang lebih baik. Sebagai contohnya,
pendekatan yang digunakan mungkin adalah berbeza terhadap murid yang
berbeza. Tambahan pula sasaran murid saya adalah daripada golongan
yang berkeperluan khas. Oleh itu, saya perlu menjadi insan yang lebih
sabar dan cuba memahami keadaan mereka. Kadangkala, saya agak
berputus asa apabila mereka lupa dengan pengajaran yang telah saya ajar
dan telah dikuasai oleh mereka pada pengajaran sebelumnya. Hal ini
menyebabkan saya perlu banyak bersabar dan mengajar mereka sekali lagi
dan mungkin berulang-ulang kali agar mereka dapat menyimpan
pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang mereka.
Umumnya, saya gembira kerana dapat menyiapkan kajian tindakan pertama
saya ini dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diperbaiki pada masa hadapan.
5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian saya ini berjaya mencapai objektifnya iaitu
untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah pembelajaran slow
learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah
melukis lidi. Cabaran yang saya hadapi adalah untuk mengekalkan
pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang Patrick. Namun,
dengan teknik pengulangan dan latihan yang berterusan, saya percaya
Patrick dapat menguasai kaedah ini dan mungkin dapat membuat pengiraan
tanpa bantuan kaedah ini pada masa hadapan.