Monday, 5 December 2011

TEKA-TEKI MATEMATIK

CUBA JAWAB SOALAN TEKA-TEKI DI BAWAH :
Teka-teki 1:“Sang Kuriang mengambil ujian percubaan untuk menjadi anak murid Panglima Tok Rashid…Jumlah soalan yang perlu dijawab Sang Kuriang adalah sebanyak 40 soalan…Tetapi markah akhir dikira berdasarkan jumlah soalan yang dijawap sahaja….Bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 10 markah…manakala jawapan yang salah pula akan ditolak 5 markah…Kalau tak jawap tak dapatlah markah atau 0 markah…Sang Kuriang menjawab 36 soalan sahaja dan mendapat 270 markah…berapakah soalan yang Sang Kuriang salah jawab?”

Teka-teki 2: Password Peti Rahsia Harta Karun – Alkisaaah.. maka tersebutlah kisaah.. Sang Kancil berjalan beramai-ramai berjalan menghadap Sultan Pelik Bin Ajaib Al-Mushkilah Shah penaung kerajaan ApakeHentah. Maka bertitahlah Baginda Sultan kepada Sang Kancil: “Beta mengetahui kisah kecerdikan tuan hamba melalu hikayat Lembu-lembu Nusantara, apakah benar?” Jawap Sang Kancil:”Apun Tuanku, Tiada yang Benar kecuali yang benar-benar belaka Tuanku”. Titah Baginda Sultan lagi: “Kalau begitau Beta mahu menitahkan tuan Hamba merongkaikan permasalahan Matematik ini, sesungguhnya Almarhum Ayah beta Sultan Ajaib telah meninggalkan satu peti Rahsia bersama wasiat Almarhum”. Lalu wasiat Almarhum Baginda Sultan Ajaib itu pun dibaca.. antara isi kandungannya diriwayatkan..“Adapun password untuk membuka Peti Rahsia Harta Karun itu ada sebanyak LIMA nombor semuanya…Nombor kelima jika tambah dengan nombor ketiga adalah berjumlah sebanyak empat belasNombor keempat adalah lebih satu daripada nombor keduaNombor pertama adalah kurang satu daripada dua kali nombor keduaNombor kedua ditambah nombor ketiga akan berjumlah sebanyak sepuluhJumlah kesemua nombor itu adalah sebanyak tiga puluh sahaja”Maka Sang Kancil yang cerdik itu pun berfikir sejenak berminggu-minggu lamanya…Siapa tahu jawapannya.. 

No comments:

Post a Comment