Sunday, 4 December 2011

MATEMATIK ITU MUDAH TETAPI MENCABAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Matematik susah ler…
Saya benci matematik… Saya selalu gagal dalam matematik…

Ungkapan ini kita sering dengar disebut oleh ramai pelajar yang sering gagal dalam matematik. Apabila diajukan soalan mengapa mereka gagal dalam matematik. Itu lah jawapan yang hampir pasti akan kita terima.

Matematik susah? Benarkah matematik susah. Sebenarnya matematik adalah antara matapelajaran yang mudah. Kita tak memerlukan kuasa super untuk menyelesaikan soalan matematik. Matematik juga tidak memerlukan kita menggunakan mikroskop .


Baiklah. Mengapa saya katakan matematik itu mudah? Walaupun saya pernah juga gagal dalam satu subjek matematik semasa menuntut di universiti dahulu tetapi bagi saya matematik tetap sesuatu yang mudah.

Kenapa?

Pertama. Jika kita lihat dan berfikir. Dari tadika sehinggalah ke universiti, sewaktu kita berlajar matematik, nombor yang kita jumpa ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Boleh dikatakan sepanjang lebih kurang 17 tahun kita berlajar sehingga dapat ijazah pertama hanya itu nombor yang kita jumpa. Tiada lagi nombor yang lain.Kalau anda mempunyai nombor yang lain sila nyatakan

Kedua. Dalam matematik juga kita hanya menggunakan empat operasi untuk menyelesaikan masalah iaitu +, -, x dan ÷. Hanya empat operasi itu sahaja. Kuasa dua? Kuasa dua adalah operasi darab nombor yang sama.

Sebenarnya dalam matematik hanya dua perkara di atas yang kita gunakan untuk menyelesaikan setiap soalan matematik. Kenapa? Tak percaya?

Ya, memang dua perkara itu sahaja.

Yang menjadi cabaran kepada kita ialah apabila bilangan digit nombor-nombor yang digunakan banyak.

Jika 1 + 1, tentulah mudah bagi kita untuk menyelesaikannya tetapi jika 7984254978245845 + 14725486474566578 tentu agak mencabar.

Lagi satu cabaran yang kita hadapi ialah apabila operasi tadi digabungkan dalam terbitan tertentu.

Kita masih boleh menyelesaikan masalah matematik sambil tersenyum jika soalannya 9 x 4 + 2 – 105 ÷ 5. Tetapi jika soalan itu menjadi 1 + 1/2+1/3+1/4+…+1/98+1/99 + 1/100 tentu senyuman kita tadi akan hilang

Tahukah anda sebenarnya soalan 1 + 1/2+1/3+1/4+…+1/98+1/99 + 1/100 lebih mudah dari soalan 9 x 4 + 2 – 105 ÷ 5? Tak percaya? Cari dalam buku Add Math Form 4 (dengar add math, gerun ler tu Add math pun matematik juga). Tentu anda akan tersenyum melihat cara menjawabnya. Mudahkan.

Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam matapelajaran matematik? Masalah yang dihadapi sebenarnya hanya satu iaitu kegagalan memahami konsep asas matematik.

Setiap bab dalam matematik mempunyai konsep asas yang tersendiri. Jadi inilah cabaran yang sebenar dalam metematik iaitu memahami konsep asas matematik.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat latihan tubi. Saya cadangkan buat sehari… tak perlu banyak 20 soalan dah cukup. Tapi biasanya orang buat 50.

Jadi sebenarnya matematik tidak susah, cuma mencabar dan cabaranya adalah untuk memahami konsep asas matematik.

Ingat Matematik Itu Mudah Tetapi Mencabar.

Sekian, wassalam.

Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment